Search This Blog

Monday, 6 June 2011

KARNIVAL BELIA 1MALAYSIA (MAJLIS PENUTUP)


Pada hari Sabtu yang lalu, telah diadakan Karnival Belia 1Malaysia di Perkarangan Pejabat Belia Daerah Bentong. Ianya telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Bentong.

Karnival ini telah diadakan sempena Sambutan Hari Belia Malaysia bagi tahun 2011. Pelbagai program telah dianjurkan pada hari tersebut.

Perasmian Kelab Gymnasium Rakyat
Diantaranya, ialah Majlis Perasmian Kelab Gymnasium Rakyat dan juga Pusat ICT Belia Daerah Bentong.


Selain daripada itu, pelbagai acara sukan turut diadakan seperti pertandingan Bola Jaring '3 on 3' dan juga sukaneka yang membabitkan semua Badan Gabungan Majlis Belia Daerah.

Acara Sukaneka Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Bentong
Acara sukan Futsal yang dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita. Johan bagi kategori Wanita dimenangi oleh Persatuan Belia Keramat dari Pelangai. Manakala Johan bagi kategori lelaki pula disandang oleh Pasukan RAMD. 

Johan Futsal Wanita
Upacara penutup bagi karnival ini telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Bentong., Dato Sri Liow Tiong Lai.


Beliau sempat bertemu dan beramah mesra dengan belia - belia yang hadir serta bergambar dengan mereka.


Persatuan Belia Generasi Glokal Bentong telah diberi kepercayaan oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Majlis Belia Daerah Bentong untuk mengendalikan pertandingan ini.


Diharapkan agar acara sebegini dapat dianjurkan lagi dimasa akan datang untuk merapatkan hubungan diantara belia - belia didalam Daerah Bentong ini.

Friday, 25 March 2011

MESYUARAT AGUNG MAJLIS BELIA DAERAH BENTONG 2011


Mesyuarat Agung Majlis Belia Daerah Bentong telah selamat diadakan pada hari Rabu, 23 Mac 2011 yang lalu.


Mesyuarat tersebut telah diadakan di Rumah Rehat Bentong yang dirasmikan oleh Tuan Imran Bin Isnin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bentong yang baru.


Semua ahli Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Bentong telah menghantar wakil masing - masing ke Mesyuarat ini.


Mereka terdiri daripada MAYC, GBBM, HYO, KBBT, ABIM, YMM, Pengakap, Pandu Puteri, dan Puteri Islam Daerah Bentong.


Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh seramai 35 orang Perwakilan dari setiap Badan Gabungan yang ada dalam Majlis Belia.


Diantara amanat yang disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah ialah harapan beliau dalam usaha sama diantara Pejabat Belia dan juga Majlis Belia Daerah Bentong dapat diperkukuhkan lagi dimasa akan datang.


Ianya demi mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia yang turut menitik beratkan perpaduan sesama kaum yang ada di Malaysia hari ini.


Pengerusi Majlis Belia Daerah turut memberi hebahan dalam ucapannya mengenai perancangan masa terdekat bagi program MBD tahun ini.

Tuesday, 22 March 2011

Jamuan Makan Ahli Glokal




Sempena menjayakan Mesyuarat Agung semalam, pihak Persatuan menganjurkan jamuan makan malam.

Tujuan jamuan makan malam ini adalah bagi meraikan komitmen yag telah ditunjukkan oleh setiap ahli yang hadir semalam.