Pada hari Sabtu yang lalu, telah diadakan Karnival Belia 1Malaysia di Perkarangan Pejabat Belia Daerah Bentong. Ianya telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Bentong.
Karnival ini telah diadakan sempena Sambutan Hari Belia Malaysia bagi tahun 2011. Pelbagai program telah dianjurkan pada hari tersebut.
Perasmian Kelab Gymnasium Rakyat |
Diantaranya, ialah Majlis Perasmian Kelab Gymnasium Rakyat dan juga Pusat ICT Belia Daerah Bentong.
Selain daripada itu, pelbagai acara sukan turut diadakan seperti pertandingan Bola Jaring '3 on 3' dan juga sukaneka yang membabitkan semua Badan Gabungan Majlis Belia Daerah.
Acara Sukaneka Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Bentong |
Acara sukan Futsal yang dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita. Johan bagi kategori Wanita dimenangi oleh Persatuan Belia Keramat dari Pelangai. Manakala Johan bagi kategori lelaki pula disandang oleh Pasukan RAMD.
Johan Futsal Wanita |
Upacara penutup bagi karnival ini telah disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Bentong., Dato Sri Liow Tiong Lai.
Beliau sempat bertemu dan beramah mesra dengan belia - belia yang hadir serta bergambar dengan mereka.
Persatuan Belia Generasi Glokal Bentong telah diberi kepercayaan oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah serta Majlis Belia Daerah Bentong untuk mengendalikan pertandingan ini.
Diharapkan agar acara sebegini dapat dianjurkan lagi dimasa akan datang untuk merapatkan hubungan diantara belia - belia didalam Daerah Bentong ini.